Terms & Conditions

Kami komited dalam melindungi privasi dan keselamatan individu yang melayari laman blog ini.
Tujuan Polisi ini adalah untuk memberitahu maklumat apakah yang boleh diperoleh
ketika melawat blog ini, bagaimana maklumat ini boleh digunakan oleh
kami dan/atau orang lain atau entiti lain,

dengan siapa maklumat ini boleh dikongsi, pilihan anda berkaitan dengan koleksi,
penggunaan dan penyebaran maklumat, kebolehan anda menyunting, mengemaskini, membetulkan
atau memadam maklumat tersebut dan peraturan keselamatan yang telah
kami laksanakan untuk melindungi privasi anda.

Pengumpulan Maklumat
Apabila melawat blog ini, anda mungkin ditanya beberapa soalan jenis maklumat
pengenalan sulit (seperti nama pertama anda, alamat surat-menyurat, bandar, kod zip,
nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat bank.

Maklumat ini membolehkan kami mentadbir perniagaan kami, menyediakan
perkhidmatan pelanggan, memaklumkan tawaran atas produk-produk yang mungkin menarik
minat anda atau untuk anda maklumkan kepada yang lain, dan memenuhi pesanan anda.

Anda secara sukarela boleh memberikan maklumat pengenalan sulit kepada kami.
Sekiranya anda tidak mahu memaklumkan maklumat pengenalan sulit kepada kami,
anda tidak perlu berbuat demikian. Maklumat ini dikumpul dan dianalisiskan dalam agregat
bertujuan untuk meningkatkan fungsi dan kandungan blog ini.

Penggunaan Maklumat
Kami menggunakan maklumat yang dikumpul berkenaan anda untuk pelbagai tujuan, seperti
mengesahkan dan memenuhi pesanan anda, menambahkan anda dalam senarai langganan
e-mel kami, memberikan nama anda untuk tujuan potensi minat dan peluang bisnes,
menganalisis aliran dan statistik, meningkatkan operasi, memberi khidmat kandungan
dan pengiklanan dan juga menghantar maklumat  promosi berkenaan syarikat lain.

Kami mempunyai hubungan bisnes sedia ada dan mungkin menjalin hubungan lain
pada masa depan dengan rakan kongsi bisnes. Dalam hal ini, kami mungkin berkongsi
atau membenarkan akses kepada maklumat berkaitan anda yang membolehkan rakan kongsi
bisnes kami menghubungi anda berkenaan produk dan perkhidmatan yang mungkin
menarik minat anda. Kami mungkin menggaji vendor untuk
menjalankan beberapa fungsi bagi pihak kami.

Contohnya mungkin melibatkan memenuhi pesanan, penghantaran, pentadbiran e-mel,
pemprosesan pembayaran kad kredit dan menyediakan khidmat pelanggan.
Vendor ini tertakluk kepada tanggungjawab kontrak untuk menggunakan
data-data sulit hanya untuk tujuan yang mana mereka diperlukan.

Kami hanya akan memberitahu maklumat berkenaan anda sekiranya kami mempunyai
sebab untuk mempercayai bahawa perlu untuk membuat pengenalan, 
menghubungi atau membawa tindakan undang-undang terhadap orang-orang atau 
entiti yang mungkin menyebabkan bahaya kepada anda, kepada kami atau kepada
yang lain. Kami juga akan memberitahu maklumat sekiranya
kami percaya undang-undang memerlukannya.

Perlindungan kepada Kanak-Kanak
Laman ini adalah laman web untuk audien umum dan tidak dicipta khas untuk kanak-kanak.
Kami tidak mengumpul, mengguna atau menyebarkan mana-mana maklumat
pengenalan diri daripada kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun.

Walau bagaimanapun, sekiranya kami tahu terdapat maklumat pengenalan diri kanak-kanak
yang terkumpul di Laman ini berumur di bawah 13 tahun, kami hanya akan menggunakan
maklumat ini untuk menghubungi ibu bapa atau penjaga kanak-kanak
tersebut untuk mendapatkan kebenaran.

Sekiranya kami tidak mendapat kebenaran selepas jangka masa yang munasabah, atau sekiranya
sewaktu dihubungi ibu bapa atau penjaga memohon supaya tidak menggunakan atau
menyimpan maklumat tersebut, maka kami akan memadamnya dari rekod kami.

Sekiranya terdapat permohonan daripada ibu bapa atau penjaga berkenaan, kami akan
memberikan deskripsi maklumat sulit yang khusus yang diperoleh daripada
kanak-kanak yang berumur di bawah 13 tahun.

Cookies
Cookies adalah cebisan maklumat yang tersimpan di dalam perkakasan. Kami gunakan
cookies untuk mengenalpasti anda sekiranya anda mengunjungi semula Laman dengan harapan
dapat menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda.

Cookies tidak mengandungi sebarang maklumat sulit pengenalan seperti nama atau maklumat
sensitif seperti nombor kad kredit anda. Kami mungkin membenarkan pihak ketiga
menggunakan cookies di blog. Kami tidak mengawal penggunanan
atau kandungan cookies pihak ketiga.

Pencarian web selalunya membolehkan anda memadan cookies daripada perkakasan anda,
menghalang penggunaan cookies dan / atau akan dimaklumkan sekiranya terdapat cookies.
Jika anda memilih untuk menghalang cookies, harap maklum bahawa anda mungkin
tidak dapat mengambil peluang sepenuhnya akan ciri-ciri dan fungsi blog.

Pautan Pihak Ketiga
Blog ini mungkin mengandungi pautan pada laman web yang dikendalikan dan
dikawalsetia oleh pihak ketiga di mana kami tidak mempunyai sebarang kawalan. Sebarang
maklumat yang anda berikan kepada laman blog pihak ketiga akan ditadbir terus di bawah
syarat polisi privasi laman web dan kami menggalakkan anda menyiasat dan
bertanya soalan-soalan sebelum memberi sebarang maklumat kepada
pengendali laman blog pihak ketiga.

Kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang masalah kandungan, tindakan
atau polisi laman blog pihak ketiga. Kemasukan laman blog pihak ketiga pada laman web
kami tidak bererti kami mengesahkan sebarang kandungan,
tindakan atau polisi laman blog tersebut.

Keselamatan
Kami mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk memastikan maklumat
pengenalan yang kami kumpul mengenai anda adalah tepat, semasa dan selamat. Malangnya
tiada data diperoleh daripada internet dijamin 100% selamat, dan walaupun kami
berusaha untuk melindungi maklumat pengenalan anda, kami tidak
dapat menjamin atau memastikan keselamatannya sepenuhnya.

Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarangan masalah yang anda atau sesiapa saja
alami akibat perlanggaran kerahsiaan sewaktu penggunaan laman kami atau apa-apa maklumat
yang anda salurkan kepada kami.

Modifikasi Polisi
Polisi privasi ini berkuatkuasa pada 25 Feb 2013.  Kami berhak meminda Polisi Privasi ini pada
bila-bila masa. Sebarang perubahan kepada Perjanjian akan berkuatkuasa sebaik saja
ia dimaklumkan, sama ada melalui emel atau dimaklumkan pada versi
terkini pada Laman blog ( selepas ini dikenali ‘Notis’).

Penggunaan anda terhadap Laman ini selepas Notis dianggap bahawa anda menerima
perubahan tersebut. Pastikan anda menyemak polisi Privasi dari semasa ke
semasa untuk memahami versi terkini. Anda dengan mudah boleh mengesahkan sama
ada mana-mana versi telah diperoleh dari waktu terakhir
anda mengunjungi Laman web yang mana diletakkan di bawah setiap polisi.

Sekiranya anda membantah sebarang perubahan, kami akan menghormati polisi
privasi terdahulu terhadap sebarang data yang telah tersimpan. Jika anda tidak bersetuju
dengan perubahan polisi, usah gunakan blog selepas penghantaran perubahan tersebut.
Dengan menggunakan Laman ini setelah perubahan dibuat pada Polisi Privasi ini,
anda bersetuju kepada kesemua perubahan tersebut.

Persoalan atau Komen atau Untuk Berhubung dengan Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau komen hubungi kami.

No comments:

Post a Comment